Siri Tanpa Sedar (tanpasedar.com) menghormati privasi anda. Polisi ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul, cara ia digunakan dan hak anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Data yang kami kumpul
- Maklumat pesanan: nama, e-mel, nombor telefon dan alamat penghantaran (untuk buku fizikal).
- Maklumat akaun kelas: e-mel untuk log masuk ke portal kelas, serta nota peribadi yang anda simpan di portal.
- Maklumat penggunaan laman: halaman yang dilawati, peranti, pelayar dan alamat IP, melalui kuki dan alat analitik.
Kami tidak menyimpan butiran kad atau akaun bank anda. Pembayaran diproses terus oleh penyedia pembayaran kami (CHIP dan Stripe).
Cara kami menggunakan data
- memproses pesanan dan menghantar buku;
- memberi akses ke kelas, rakaman dan bahan pembelajaran;
- menghantar maklumat kelas, peringatan dan pengesahan pesanan melalui e-mel atau WhatsApp;
- menghantar maklumat program akan datang (anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa); dan
- memahami prestasi laman dan iklan supaya kami boleh menambah baiknya.
Kuki dan penjejakan
Laman ini menggunakan kuki untuk troli belian, log masuk dan analitik. Kami juga menggunakan alat pihak ketiga seperti Google Analytics dan Meta (Facebook) Pixel untuk mengukur lawatan dan keberkesanan iklan. Anda boleh menyekat atau memadam kuki melalui tetapan pelayar anda.
Perkongsian data
Kami tidak menjual data peribadi anda. Data hanya dikongsi dengan pihak yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan, iaitu penyedia pembayaran, syarikat penghantaran, penyedia e-mel dan hosting, serta platform analitik dan iklan di atas, atau jika dikehendaki oleh undang-undang.
Tempoh simpanan
Rekod pesanan disimpan selama yang diperlukan untuk tujuan perakaunan dan undang-undang. Maklumat akaun kelas disimpan selagi akses anda aktif atau sehingga anda meminta ia dipadam.
Hak anda
Anda berhak meminta salinan data peribadi anda, membetulkan data yang tidak tepat, menarik balik persetujuan pemasaran, atau meminta data dipadam (kecuali rekod yang wajib disimpan mengikut undang-undang).
Hubungi kami
Untuk sebarang permintaan atau pertanyaan tentang privasi, e-mel ke manusia@tanpasedar.com.
