Siri ke-2 · Kelas live bersama Da’i Izzhar Nazri
Siapa yang menjaga orang yang menjaga semua orang?
Penat Tanpa Sedar. Untuk hati yang banyak memberi, tetapi diri sendiri semakin terabai.
Kerja yang tidak kelihatan
“Saya bukan penat buat kerja. Saya penat kena fikir semua benda.”
Di sebalik setiap kerja yang kelihatan, ada kerja yang tidak kelihatan. Seseorang perlu sedar beras hampir habis sebelum ia habis. Seseorang perlu ingat yuran tuisyen minggu depan.
- MenjangkaMenyedari sesuatu akan diperlukan sebelum ia berlaku.
- Mencari pilihanMengenal pasti apa pilihan yang ada.
- MemutuskanMemilih antara pilihan tersebut.
- MemantauMemastikan keputusan itu berjalan dan hasilnya baik.
Bayangkan telefon dengan dua puluh aplikasi terbuka di belakang. Skrinnya menunjukkan satu perkara sahaja, tetapi baterinya habis dengan cepat.
Kita mula memberi nama lain kepada penat
Pernah cakap begini pada diri sendiri?
Bagaimana kalau kita bukan malas, bukan lemah dan bukan kurang bersyukur, tetapi sudah terlalu lama berfungsi tanpa cukup ruang untuk pulih?
Bila semuanya berjalan lancar, tiada siapa perasan. Bila satu perkara tertinggal, semua orang perasan.
Kita yang ingat, kita yang merancang, kita yang menyelesaikan. Kerja yang tidak kelihatan memang sukar untuk dihargai, kerana kita memikulnya dengan begitu senyap.
Semak diri · 1 minit
Penat bukan satu benda. Lapisan mana yang paling terasa?
Tekan mana-mana lapisan yang terasa dekat. Penat tubuh tidak pulih dengan cara yang sama seperti penat fikiran, jadi mengenal lapisannya ialah langkah pertama untuk meleraikannya.
Kelas live · 1 jam 30 minit
Bukan untuk berhenti memberi. Untuk hidup yang lebih mampu ditanggung.
Penat yang orang tidak nampak
Memetakan kerja mengingat, merancang, melakukan dan menyemak satu urusan yang terus bermain dalam fikiran.
Banyak memberi, rasa tidak dihargai
Mengenal apa yang sebenarnya diperlukan di sebalik rasa kecewa: dihargai, dibantu, didengar atau diberi masa berehat.
Sukar menyatakan kemampuan
Membezakan tanggungjawab sebenar, kebiasaan dan rasa bersalah, lalu membina satu batas masa atau tenaga.
Meminta bantuan dengan jelas
Menulis satu permintaan: urusan apa, bahagian mana, oleh siapa dan bila ia disemak bersama.
Mengadu & menyusun langkah
Meluahkan kepada Allah, memilih sokongan dan satu tindakan kecil yang boleh dicuba dalam tujuh hari.
Apa yang anda bawa pulang
- Peta Beban Tak Kelihatan untuk satu urusan yang paling memenatkan
- Satu ayat permintaan bantuan yang jelas
- Satu langkah kecil yang boleh dicuba dalam tujuh hari
Mengaku penat tidak bermakna kita kurang bergantung kepada Allah.
Kadang-kadang, ia ialah kejujuran pertama yang kita bawa dalam doa. Dalam doa, kita tidak perlu kelihatan kuat.
Percuma bersama pakej · Buku fizikal
Penat Tanpa Sedar: Masih Berfungsi, Tapi Sudah Lama Penat
Sepuluh bab, setiap satu dengan gambaran kehidupan, soalan refleksi dan satu langkah kecil, termasuk versi dua minit untuk hari-hari yang terlalu penat. Tiada markah, dan tiada tugasan yang perlu disiapkan dengan sempurna.
- 1Penat Yang Tidak Kelihatan
- 2Tubuh Yang Tidak Sempat Pulih
- 3Kepala Yang Tidak Pernah Berhenti
- 4Terlalu Lama Menjadi Orang Yang Boleh Diharap
- 5Emosi Yang Dipendam, Hubungan Yang Dijaga
- 6Kenapa Berehat Pun Terasa Bersalah
- 7Rehat Yang Tidak Memulihkan
- 8Mengurangkan Beban, Bukan Meninggalkan Tanggungjawab
- 9Membina Ritma Yang Boleh Ditanggung
- 10Bila Penat Memerlukan Bantuan

KENALI PENULIS & PENGAJAR
Da’i Izzhar Nazri
Penulis buku Penat Tanpa Sedar
Membimbing anda memahami hati, beban dan hubungan melalui kisah, penerangan mudah dan latihan refleksi.
Rehat bukan lawan kepada amanah.
PERNAH TAMPIL BERSAMA
Pakej lengkap
Penat Tanpa Sedar
RM79
sekali bayar · caj pos buku berasingan
- Kelas live Zoom · Sabtu, 28 November 2026, 8.30 pagi
- Rakaman kelas · akses lifetime
- Buku Penat Tanpa Sedar · fizikal, percuma
- E-workbook Penat Tanpa Sedar · digital
Caj pos buku: Semenanjung RM10 · Sabah & Sarawak RM20 · Singapura & Brunei RM30.
Awak bukan malas. Awak bukan lemah. Awak bukan kurang bersyukur.
Awak sudah lama memberi. Kini tiba masanya untuk awak juga dijaga, oleh orang di sekeliling awak, oleh diri awak sendiri, dan dengan izin Allah, dengan cara yang mampu ditanggung.
Daftar RM79 ↗Sebelum mendaftar
Soalan ringkas.
Kelas dan buku ini ialah bahan pendidikan dan refleksi, bukan alat diagnosis atau pengganti nasihat perubatan dan kesihatan mental. Jika penat berlarutan, semakin teruk atau mengganggu kehidupan harian, dapatkan nasihat profesional.
Saya tak sempat hadir live. Macam mana?
Rakaman penuh kelas dimuat naik ke Kelas Saya selepas sesi. Anda boleh tonton bila-bila masa, akses lifetime.
Kelas ini untuk siapa?
Untuk sesiapa yang memikul tanggungjawab keluarga, kerja atau penjagaan, terutamanya wanita yang sudah lama menjadi “orang yang boleh diharap”. Peserta lelaki juga dialu-alukan.
Adakah kelas ini mengajar saya berhenti memberi?
Tidak. Memberi ialah sebahagian daripada siapa diri anda, dan itu sesuatu yang baik. Kelas ini membantu anda mengurangkan beban tanpa meninggalkan tanggungjawab.
Perlu ada aplikasi Zoom?
Ya, gunakan aplikasi Zoom di telefon atau komputer. Pautan dihantar ke e-mel anda sebelum kelas bermula.
Saya dah sertai Terluka Tanpa Sedar. Perlu ke?
Kedua-duanya boleh diikuti sendiri. Terluka meneliti kesan pengalaman yang menyakitkan dengan orang terdekat. Penat menumpukan beban yang berulang setiap hari: siapa mengingat, mengurus dan menyemak, serta apa yang boleh dikongsi.
Boleh daftar dari luar Malaysia?
Boleh. Buku dihantar ke Singapura dan Brunei (caj pos RM30). Kelas live dan rakaman boleh disertai dari mana-mana.
Siri Tanpa Sedar
Lihat program lain dalam siri ini.




