Polisi ini terpakai kepada semua pembelian di tanpasedar.com, termasuk kelas Terluka Tanpa Sedar (sesi Zoom, rakaman, e-workbook dan buku fizikal).
Tempoh bayaran balik: 7 hari
Anda boleh memohon bayaran balik penuh dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian, dengan syarat rakaman kelas belum ditonton.
Permohonan tidak dapat dipertimbangkan jika:
- tempoh 7 hari dari tarikh pembelian telah tamat; atau
- rakaman kelas telah ditonton.
Buku fizikal
Jika buku yang anda terima rosak atau tidak sampai, hubungi kami dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan (atau tarikh jangkaan penerimaan) bersama gambar atau bukti, dan kami akan menghantar buku gantian tanpa caj.
Cara memohon
E-mel ke manusia@tanpasedar.com dengan:
- nama penuh dan e-mel yang digunakan semasa pembelian;
- nombor pesanan; dan
- sebab permohonan (pilihan, tetapi membantu kami menambah baik).
Proses bayaran balik
Kami akan memaklumkan keputusan permohonan melalui e-mel. Bayaran balik yang diluluskan akan dikreditkan ke kaedah pembayaran asal. Tempoh masa sehingga wang diterima bergantung kepada bank atau penyedia pembayaran anda. Selepas bayaran balik diproses, akses kepada rakaman dan bahan kelas akan ditamatkan.
Hubungi kami
Sebarang pertanyaan tentang polisi ini boleh dihantar ke manusia@tanpasedar.com.
